Saturday, April 9, 2011

Kalau Suka Makan Tauhu......

Ada sesiapa yang suka makan tauhu!!! Agak2 anda berselera tak nak makan tahu kalau pembuatnya seperti gambar kat bawah ni....

Saturday, January 22, 2011

Bahaya Guna Handphone Sewaktu Sedang Di charge

Nak share cerita ni... you all tahu tak menggunakan handphone sewaktu di charge tu sangat bahaya!!! nak tau kenapa??  so baca artikle ni sampai habis ....


Beberapa hari yang lalu, seorang laki-laki sedang mencharge HP di rumahnya


Ketika itu, ada panggilan masuk dan dia menjawabnya saat HP tersebut masih lagi dicharge dan masih bersambung dengan sumber elektrik.Setelah beberapa saat, arus elektrik yang mengalir masuk ke handphonenya telah membuat di terkena kejutan dan lelaki muda tersebut tercampak ke lantai.


Orangtuanya bergegas datang ke biliknya dan menemukan anaknya pengsan, dengan denyutan jantung yang lemah dan jari terbakar.


Dia dilarikan ke hospital terdekat, tapi meninggal ketika sampai dihospital.


sumber : infotemplatez.blogspot.com/borak kosong







Friday, January 21, 2011

Kucing Putih Comel

Salam....
Saya ni peminat kucing.....  suke sangat tengok kucing yang comel2... kucing putih dan gebu ni jadi idaman!!



Thursday, January 20, 2011

Lawak Nazmi Terbaekkkk!!

Raja Lawak 5 tengah berlangsung sekarang.... tapi dalam banyak -banyak lawak setakat ni, aku layan giler dengan lawak Nazmi ni... Bagi aku ni yang terbaek!!!

Jom layan jap....

Sembahyang Dalam Air

Siapa kata dalam air tak boleh bersembahyang!!.... hendak seribu daya, kalau tak mahu seribu alasan! tapi sekarang ni biar berada dimana sekalipun, meninggalkan sembahyang disebabkan berada didalam air bukanlah lagi alasan........



Tuesday, January 11, 2011

Planet 10b Seakan-akan Bumi



Teleskop angkasa lepas Nasa tak kesan sebarang kehidupan 

BERKELY: Sebuah teleskop angkasa lepas milik Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) mengesan sebuah planet yang menyerupai bumi, tetapi tidak menjangka planet berkenaan mempunyai kehidupan.

Dalam pengumuman rasmi kelmarin, anggota pasukan teleskop Kepler Nasa berkata, planet yang dinamakan 10b itu adalah 40 peratus lebih besar dari bumi dan berkedudukan kira-kira 560 tahun cahaya dari bumi di konstelasi Cygnus.

“Ia dikatakan menyerupai bumi berikutan tidak seperti planet lain yang ditemui sebelum ini yang dibuat daripada gas atau ais, 10b adalah planet batu pertama pernah ditemui,” kata pasukan program, Kepler Nasa.

Seperti bumi, 10b adalah juga eksoplanet, iaitu planet yang mengorbit bintang seperti matahari.
“ Ia adalah satu penemuan yang bersejarah,” kata Geoff Marcy dari Universiti California, Berkeley, pada sidang media kelmarin. 

Namun, planet berkenaan tidak mungkin mempunyai kehidupan berikutan ia hanya kurang dari 3.2 juta kilometer daripada matahari, berbanding jarak bumi dengan matahari sejauh 150 juta kilometer.
“Suhu pada permukaan yang disinari matahari di 10b boleh mencapai 1,371 darjah Celsius, iaitu lebih panas dari lahar gunung berapi,” Natalie Batalha dari pusat penyelidikan Ames Nasa di California, yang juga merangkap timbalan ketua kumpulan pasukan Kepler.

Bagaimanapun, hakikat bahawa ia dibuat daripada batu seperti bumi membuat penemuan planet itu satu kemajuan besar dalam mencari planet menyerupai bumi yang boleh menjadi hos kepada kehidupan. 

Batalha berkata, 10b mempunyai isi padu kira-kira 1.6 kali lebih besar dari bumi.
“Ini bermakna kuasa gravitinya amat besar dan kemungkinan mempunyai galian besi lebih banyak dari bumi.” 

Pasukan Kepler yakin dapat menemui lebih banyak lagi eksoplanet yang menyerupai keadaan bumi.
“Jika teleskop Kepler dapat menemui planet sekecil 10b, kemungkinan besar ia dapat menemui planet lain yang lebih kecil seperti saiz bumi dan mungkin juga mempunyai suhu seperti bumi,” kata mereka lagi. – Agensi 

INFO: Planet 10b

  • 40 peratus lebih besar dari bumi

  • Berkedudukan kira-kira 560 tahun cahaya dari bumi

  • Adalah planet batu

  • Mempunyai isi padu kira-kira 1.6 kali lebih besar dari bumi

  • Suhu pada permukaan yang disinari matahari di 10b boleh mencapai 1,371 darjah Celsius.
    sumber : Bharian
  • Wednesday, January 5, 2011

    Motor Antik, Motor idaman..........

    Gambar kat atas ni.... adalah jenis motor zaman dulu2.... tengok tempat duduk, tempat pembonceng dan lampu depan dia macam basikal gitu.... Agak2 ada lagi ke motor cam ni sekarang ni... aku rasa ada kat Muzium kot!!!!

    Motor yang ni memang unik sikit... sekali pandang macam ada seekor buaya tengah merempit ala2 superman!!! Mungkin pemilik motor ni peminat buaya.. asal tak jadi buaya darat dah la!!!

    Ni Yamaha LC... motor idaman aku.... agak2nya bila aku dapat beli motor ni ya!!!


    Kris Modenas Motor yang aku gunakan sekarang... walaupun motor2 biasa-biasa aja tapi api aku sayang motor ni!!!

    Monday, January 3, 2011

    Kalau Ya pun Sayang Motor Pun Takkan Sampai Macam Ni!!!!


     Aiii.... apa kes ni bro!... kalau ye pun sayang motor... takkan sampai macam ni!!!!! (  X!@#&%* = Blur ).... aku tak pasti aku yang blur ke mamat ni yang blur!!!!!


    Ni satu lagi... Hahaha... relanya memikul motor tu... Power pulak tu mamat ni.... tabik spring!!!!

    Sunday, January 2, 2011

    Ubi Berbentuk Manusia


    Benda apa ni!!! sekali pandang macam sepasang puppet atau anak patung je.... bila 2 kali pandang macam ubi...Inilah kebesaran Tuhan!!! sebenarnya ni ubi yang berbentuk sepasang manusia... pelikkan bentuknya!!! Aku pun tak tahu jenis ubi ni... tapi yang aku tengok bentuknya memang pelik!!!

    Saturday, January 1, 2011

    Sanggupkan anda makan bayi...


    Tahukah anda bayi kecil ini, untuk dimakan!!!! Sanggupkah anda memakan bayi comel ini??.  jangan tersalah sangka sebenarnya gambar kat atas tu bukan bayi tetapi biskut yang berbentuk bayi....

    Namun begitu.....

    Meskipun ia hanya biskut adakah anda masih sanggup untuk memakannya!!! Aku tak sanggup!!! biskut bayi tu terlalu comel untuk dimakan!!!!